Friday, 28 October 2011

Kereta Api ke Hatyai



  Sesuatu yang buat saya teruja adalah perkhidmatan kereta api tanpa kelas di negara Gajah Putih ini adalah percuma.Namun janganlah mengharapkan sesuatu yang cantik dari sesuatu yang diberikan percuma.Perjalanan kereta api dari Sungai Golok menuju ke Hatyai menurut tiket yang saya pegang mengambil masa kira-kira 3 jam setengah namun ianya mengalami kelewatan hampir empat jam setengah.

   Di dalam kereta api juga kelihatan ramai soldadu yang turut sama mengawasi yang rata-rata berpenampilan seperti dalam permainan video Counter Strike yang pernah menjadi ketagihan satu ketika dahulu.Rata-rata penumpang kelas ini adalah rakyat-rakyat marhaen yang membawa pelbagai macam barangan dagangan untuk di bawa pulang ke lokasi yang dituju.

   Hampir setiap persinggahan dari Golok melalui lokasi-lokasi seperti Yala,Pattani,Naratiwat,Ranung mahupun Satung diawasi oleh soldadu-soldadu.Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga kerana tragedi pengeboman yang acab kali berlaku.

   Tiba di Hatyai ketika jam melewati jam 4 sudah ternampak setinggan kota di stesen kereta api kota tersebut.Seterusnya melangkah ke dalam kota Hatyai yang sarat dengan kenderaan berinjin dan manusia-manusia yang di luar lingkungan budaya yang biasa saya ketemukan.
   
 

No comments: