Sunday, 20 November 2011
Anarki Di Kuala Lumpur - Mohd Jayzuan
Sebenarnya buku ini sudah berbulan berada di dalam bilik tetapi tidak berkesempatan untuk dibaca.Baru lewat ini punya kesempatan untuk membanya dalam jangka masa yang singkat kerana mungkin faktor bahasa ibunda yang mudah difahami(Trainspotting karya Irving Rush yang mengambil masa sebulan lebih untuk dikhatam kerana slanga Scottish yang begitu pekat!) dan isi kandungan cuma 80 muka surat.
Berbalik pada buku ini menceritakan mengenai Syd Jamal,seorang pemuzik kugiran garage punk di ibu kota yang hidup dalam luar norma penjaga moral kita.Gaya bahasa yang tepat ke muka mungkin faktor yang buat buku ini mudah difahami terutama bagi anak-anak muda.Dari segi penceritaan saya rasakan faktor lenggok bahasa memberikan impak untuk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan..:)
Label:
buku
| Reaksi: |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 ulasan:
saya berasa komen dan ulasan anda juga sudah semakin menarik dengan tona-tona tepat ke telinga..eh muka dan semakin menaikkan galur berahi untuk membaca
Post a Comment