Thursday, 17 November 2011

Ponyo


  Agak lama sebenarnya dvd ini terperap dan akhirnya setelah hampie 3 bulan saya berjaya mencuri masa menonton anime ini.Saya memang tidak akan melepaskan jika mampu sebarang produksi dari Studio Ghibli kerana masih mengekalkan elemen-elemen tradisi penghasilan anime berbanding studio-studio yang lain yang terlalu bergantung pada teknologi.

  Usai menonton Ponyo,saya rasakan karya Miyazaki untuk kali ini bukanlah penarik untuk penonton dewasa seperti karya 'bombastik' beliau Spirited Away.Ponyo lebih menerapkan elemean untuk tontonan kanak-kanak dengan tema kasih sayang dan mungkin perbandingan paling mudah dengan karya My Neighbour Totoro.


  Ponyo menyajikan dongeng.Makhluk lautan yang  terdampar dalam dunia manusia dan tertarik lalu ingin tinggal dalam dunia manusia.Dongeng ini mengetengahkan elemen-elemen lautan dan kehidupan yang digambarkan dengan penuh fantasi yang begitu ketara.Sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

 

0 ulasan: