Wednesday, 30 November 2011
Ridhwan Saidi - Amerika
Antara buku penerbitan tempatan yang terbaik yang saya baca tahun ini.Kedatangan bulan Disember tahun 2011 masehi diakhiri dengan khatamnya buku ini.Terima kasih pada seorang kenalan yang meminjamkan buku ini kepada saya.
Amerika bukan novel mengenai Amerika,besar silapnya jika kalian membayangkan sedemikian.Melihat kulitnya saja dengan gambar strawberi,brakoli dan lipas serta anatomi manusia kalian sudah menimbulkan persoalan mengenai isi di dalamnya.Namun usah gundah semua persoalan ini bakal terjawab dari bab ke bab.
Watak Murshid Merican yang menjadi nadi buku membawa pembaca merentasi ruang-ruang diskusi bersama watak-watak yang lain yang memberikan kritikan,pendapat dan ideal merangkumi setiap ruang-ruang termasuk sastera,politik,seni mahupun filem.
Cari dan baca!
Strawberry fields forever
Label:
buku
| Reaksi: |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment