Wednesday, 23 November 2011

Wrong Turn 4

  Filem ini sememangnya tidak mungkin akan ditayangkan di pawagam tempatan dan menurut laman web peminat filem-filerm horror/b-rated/gore yang saya baca filem ini juga tidak menembusi pawagam di Barat kerana ianya diriliskan terus menerusi format cakera padat digital(DVD).Terima kasih pada seorang teman yang sudi meminjamkan filem ini kepada saya.

  Filem ini menampilkan kelainan berbanding trilogi Wrong Turn sebelum ini  yang berlatarbelakangkan hutan belantara tetapi kali ini difiksyenkan dalam suasana ribut salji.Berlatar belakangkan West Virgina di sebuah pusat pengawasan suaka mental(mungkin lebih dari itu!).Tiga beradik yang digelar Hillickers Brothers kerana memakan mayat ibu bapa mereka(wajah mereka seakan sama dengan trilogi sebelum ini dengan trademark trak tunda di akhir filem!) berjaya melepaskan diri dari kurungan pada permulaan cerita.

  Permulaan sebenar cerita bermula 10 tahun selepas itu(dalam filem ini) yang mana sekumpulan pelajar tersesat ketika menunggang motor ski pada hujung minggu lalu bermalam di pusat pengawasan tersebut yang mana mereka tidak menyedari yang bermalam di sana lebih bahaya dari menghadapi ribut salji maka bermulalah cerita sebenar!


   Jujurnya saya tidak menyukai  filem keeempat Wrong Turn berbanding edisi sebelumnya kerana permulaan yang dimulakan seperti cerita remaja Amerika yang lain dengan unsur-unsur seksualiti kerana berahi saya adalah melihat dalam cerita dan bukannya adegan-adegan tersebut.

  Ada beberapa plot lemah seperti bagaimana mereka boleh tiba ke tempat tersebut dengan cepat?Tempat yang lama ditinggalkan mempunyai pemanas dan juga elektrik.Duh!Begitu meragukan.

   Selepas plot-plot tersebut barulah bermula filem ini sebenar .Pertarungan pelajar-pelajar ini dengan makluk kanibal tersebut.Di sinilah terletak kekuatan sutradara Declan O'Brien yang mana pelajar-pelajar ini melawan balik cuma dengan cara yang agak lemah.Sesuatu yang saya dapat perhatikan mesej tersirat di sini adalah tidak semestinya mereka yang terpelajar bisa menjadi bijak dalam situasi yang genting!

   Cukuplah!Mudah saya simpulkan yang jika kalian meminati Wrong Turn 1 anda boleh menonton filem ini.Kalau anda tanya saya?2 bintang dari 5!Gore!

 

0 ulasan: