Saya menikmati mee rebus di sebuah kawasan perniagaan kecil baru-baru di kota ini yang dikenali sebagai Kampung Jawa(bukan di Klang,ini di Melaka).Kampung Jawa dulunya adalah kawasan membeli belah masyarakat kelas pekerja sebelum kedatangan pasaraya-pasaraya besar yang secara langsung mengubah lanskap kawasan ini tidak sesesak dahulu.Saya sangat setuju dengan pendapat Peter Wilby dalam kolumnya dalam akhbar Guardian di UK mengenai impak pasaraya-pasaraya besar ini kepada survival pedagang-pedagang lokal.
Bukan setakat di Kampung Jawa malah perniagaan di ceruk-ceruk desa juga merudum kerana kedatangan-kedatangan korporasi-korporasi besar ini.Mereka menjaja harga-harga murah kerana secara logiknya mereka memberli bertan-bertan bawang sebagai contoh berbanding peniaga kecil yang membeli sekampit dua bawang yang sudah pasti harga borong yang dibeli juga semestinya lebih dari apa yang dibeli oleh korporasi-korporasi besar.
Budaya tawar menawar telah dibunuh kerana di pasaraya-pasaraya besar ruang komunikasi hanyalah menerusi tanda harga dan gadis kaunter yang bermuka ketat(yang selalu saya ketemukan) terpaksa bekerja untuk menampung biaya pengajian dan mungkin juga kos sara hidup yang semakin menghimpit.Komunikasi dibunuh dengan matawang dan tawaran katalog yang rata-rata mengaburi masyarakat konsumer.
Isu yang dimainkan adalah "harga murah" yang membunuh identiti seakan menunjukkan bahawa masyarakat moden ingin sesuatu yang murah dan pantas tanpa praktis nilai-nilai kemanusiaan dan toleransi.Ya,ini adalah 'suntikan' tidak sedar yang disuntik dalam jiwa-jiwa kita.Diasak tanpa nilai-nilai kemanusiaan yang menghakis toleransi dan kemanusiaam.
Lupakan seketika soal perpaduan dari omongan para politikus kita kerana yang membunuh nilai-nilai ini adalah susur galur yang mereka wujudkaan sendiri.Tawaran kerja dan harga murah atas nama pembangunan sebenarnya telah membunuh secara langsung nilai-nilai kemanusiaan ini.Lalu apa yang dijaja cumalah berkeinginan untuk kekal berkuasa semata.
Biarlah mendukung sesuatu yang lebih asal nilai kemanusiaan dan toleransi itu tidak mati!
0 ulasan:
Post a Comment