Thursday, 8 December 2011

Secawan teh o halia gelas kecil

  Saya menikmati secawan teh o halia gelas kecil sambil menikmati sebatang rokok sambil didatangi oleh seorang pak cik yang memulakan komunikasi

     "Anak hisap rokok gulung?"


   "Ye cik..."


   Lalu pak cik itu membuka bicara bahawa lima bulan yang lepas beliau merupakan pengguna tegar rokok gulung,yang mana rokok ini adalah rokok buatan sendiri yang memerlukan tembakau,filter dan kertas pembalut.Bagi yang mahir boleh membalut sendiri menggunakan tangan atau bagi yang tidak berkemahiran seperti saya boleh saja menggunakan mesin manual yang banyak dijual.


   Pak cik itu memberitahu saya sebelum kemalangan yang menimpa dirinya lima bulan yang lepas beliau merupakan pengguna tegar rokok balut seperti saya.Secara fizikal memang sudah nampak kelainan pada wajah pak cik ini kerana mulutnya yang kelihatan lari dari manusia normal.Lalu pak cik bicara mengenai sukar menutur bicara dengan keadaan sedemikian dan mulai bicara mengenai kesukaran mengharungi kehidupan ini.Saya hanya mendengar rungutan beliau mengenai biaya kehidupan dan caca marba dan perbezaan  kehidupan masa mudanya dengan sekarang.

  Bila pak cik itu mulai bicara soal nasib saya terkasima bila beliau mengeluarkan ayat manusia tidak mampu mendahului nasib.Susuk manusia yang mengalami kecatatan kekal akibat kemalangan yang menimpa dirinya ini sebenarnya tidak pernah menyerah dengan keadaan.

   Lalu bila saya mulai beredar saya tersenyum sendirian mengenangkan kata-kata Chairil Anwar.

      "Nasib adalah kesunyian masing-masing.."


  Jatuh bangun kita dalam kehidupan ini adalah lumrah lalu untuk mendahului nasib bukanlah sesuatu yang cantik.Ini yang saya pelajari hari ini.Terima kasih pak cik

1 ulasan:

Johan 'Champ' Radzi said...

pakcik yang sangat filsafi.

kadang-kadang ilmu itu boleh dijumpai daripada orang-orang yang kita tidak sangka.