Thursday, 26 January 2012

Max Brooks- World War Z


  Lihat saja sari katanya yang membawa makna 'Satu sejarah lisan mengenai peperangan zombie' .Novel karya Max Brooks ini menawarkan satu fantasi yang unit yang bagi pedamba filem-filem zombie seperti saya kerana ianya bijak!Kenapa tidak?Beliau memberikan satu gambaran peperangan zombie secara global..

  Dengan siri temubual ketika serangan zombie itu berlaku dengan askara yang menarik(dari permulaan gigitan zombie sehinggalah pada serangan mereka) sehingga kemenangan umat manusia.

   Dari China ke Texas,ke Korea Selatan ke Sydney ke Barbados sehingga ke Amerika Syarikat.Beliau mendambakan imaginasi dari seorang askar yang takbur,orang awam yang menggigil ketakutan sehinggalah pandangan seorang pengarah filem yang tidak mengerti apa-apa.

  Brooks memberikan pandangan degan kajian dengan segala macam rujukan diadun dengan iamginasi saling mengait sains dan teknologi sehingga ke sosio politik seolah-olah kisah ini membaca kepada sesuatu yang munasabah terjadi.

  ..Kesimpulannya?Saya tidak terkejut bila menegtahui bahawa Brad Pitt membawa novel ini ke layar perak!

0 ulasan: